Putih
Melambangkan kesucian dan kesegaran. Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru. Ia adalah ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis. ia juga melambangkan kebesihan dan kebolehan profesional.
Merah
Melambangkan tenaga fizikal. Dari segi kebaikannya dia melambangkan pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kejanya.Aspek negatifnya, ia melambangkan paksaan dan agresif. Merah juga berkaitan dengantenaga seksual dan kemarahan.
Jingga
Ia adalah campuran merah dan putih. Ia melambangkan siat kewanitaan. Ia juga melambangkan cinta, kelembutan dan perasaan.
Oren
Warna ini adalah campuran merah dan kuning. ia adalah lambang kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning. Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia dianggap warna yang amat kuat dan pelik bagi sesetengah orang.rana ia menolong tubuh untuk mengubati diri sndiri.
Kuning
Ia adalah warna tenaga mntal dan berkait dengan pencarian intelektual dalam berbagai bidang. Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu, tetapi bagi sesetengah orang ia dianggap warna yang memaksa. Ada juga yang mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.
Hijau
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru. Ia dianggap warna alam. ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan dianggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda-benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain. Sekiranya anda sakit, adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri.
Ungu
Ini adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi. Orang yang memakai warna ini dikatakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian.
Hitam
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan. Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.
Coklat
Ia tanda banyak wang. Ia juga tanda pengasih dan mempunyai prospek masa depan. Jika mahu banyak wang anda disaran memakai warna coklat.
Warna Campuran
Kesukaan kepada warna-warna tertentu, jika diperhatikan akan berubah mengikut masa, perasaan umur atau fesyen. Golongan remaja perempuanlah yang paling banyak memakai pelbagai warna berbanding remaja lelaki. Pemilihan warna yang disukai semakin terhad apabila meningkat dewasa.
Saturday, July 5, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)




