Friday, June 27, 2008

MENGENAL LELAKI DARI ANGGOTA TUBUHNYA

Anggota zahir lelaki dapat memberi gambaran terhadap sifat-sifat batiniahnya. Pengetahuan mengenai perkara ini telah bermula sejak dari zaman silam. Mengenal lelaki hasil melihat pada anggota tubuhnya ada dicatat dalam kitab Tajul Muluk, iaitu salah sebuah kitab mistik orang-orang melayu zaman dahulu:

Kulit
Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan sesuatu pekerjaan hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuan. Warna yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kurang darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

Rambut
Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbanganya sempurna. Kerinting tanda tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting lembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda malas dan kurang akalnya.

Kepala
Saiz yang besar tanda tetap pendirian an berakal. Sederhana tanda berpengetahan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

Dahi
Dahi yang luas tanda bijak dan sempurn akalnya Sederhana luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak keru antara kening tanda pemarah.

Mata
Mata yang jarang dikedipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak boleh dipercayai. Mata merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak dan bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain serta panjang umur. Mata yang kerap dikedipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbngan. Mata biru keputihan tanda suka berbuat jahat. Mata kekuningan dan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata yang serupa mata lembu dan kemerahan serta selalu dikedipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

Hidung
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang besar dan rendah suka mengikut hawa nafsu. Batang hidung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hidung yang luas tanda dengki dan pemarah. Hidung tebal ditengahnya tanda pendusta. Hidung bengkok tanda manusia paling jahat.

Mulut
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut yang sederhana tanda sempurna akal.

Bibir
Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. Bibir yang merah tanda sihat. Merah keputihan tanda sihat. Merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

Gigi
Gigi panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tanda tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

Dagu
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna akalnya.

Suara
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bunyi tanda bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.

Telinga
Telinga yang besar tanda berakal tetapi lekas marah. Telinga kecil tanda kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

Bahu
Bahu yang besar tanda krang akal tetapi berani. Bahu yan singkat tanda suka megerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat jima'.

Belakang
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bongkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

Muka
Muka yang bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.

Leher
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-olok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

Dada
Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu tanda kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

Lidah
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

Lengan
Lengan yang panjang hingga ke lutut Tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

Tapak Tangan
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

Jari
Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

Perut
Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

Pinggang
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada daging tanda keras hati dan takbur.

Betis
Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat besar tanda kurang akal dan bebal.

Kaki
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

Tumit
Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana tanda suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

Langkah
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaanya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

MENGENAL LELAKI DARI HARI KELAHIRANYA

Sekiranya anda mengetahui pada hari apakah lahirnya lelaki itu, bolehlah anda merujuk kepada penerangan berikut bagi mengetahui keperibadianya. Pengetahuan ini berasal dari jawa:

Ahad
Baik budi dan pemurah, sudi memberi bila diminta oleh sanak saudara. Tidak ego dalam pergaulan, gemar kebersihan dan pandai berbicara tetapi ada kecenderungan untuk bersikap memerintah kedua orang tuanya.

Isnin
Agak pendiam tapi hatinya iklas. Cepat pemanas, suka kepada pekerjaan atau perjalanan kebenaran, tetapi apa yang dimiliki tidak betahan lama.

Selasa
Mungkin dibenci orang kerana burukperbuatannya. Jika mempunyai kawan, hanya sebentar sahaja. Hatinya tidak tetap.

Rabu
Jika masa baik, dia boleh menjadi amat baik, begitu juga sebaliknya.Rezekinya tidak kurang. Agak pendiam, tetapi apabila berbicara akan diketahui bahawa dia adalah orang yang boleh mesra dengan orang lain.

Khamis
Sesiapa yang mengahwininya biasanya akan lebih dahulu mati. Ramai tidak selesa dan takut apabila dia berbicara, dia sering panas hati. Walaupun begitu, secara asasnya dia baik budi dan boleh dipujuk dengan rayuan yang halus.

Jumma'at
Ramai yang suka padanya. Dia mudah memberi apa yang adapadanya apabila diminta. Mungkin dia mudah menjadi sengsara, tetapi dia mudah mencari pengetahuan dan kepandaian. Boleh rukun damai bersama orang lain.

Sabtu
Sering dibenci oleh orang lain kerana tidak senang bila bersamanya dan merasa takut. Walaupun begitu dia rajin bekerja pandai mencari rezeki, cepat pekerjaanya dan ringan tangan.

MENGENAL LELAKI MELALUI EMPAT UNSUR KEJADIAN

Manusia dijadikan melalui empat unsur iaitu tanah, air, api dan angin. Carl Jung, seorang ahli jiwa mengaitkan empat unsur kejadian ini dengan perangai manusia, ianya adalah seperti berikut:

Angin
Sifat angin dikaitkan dengan jenis pemikir. Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian (masculine). Lelaki ini berpegang kepada teori, tidak mudah terpengaruh oleh pendapat orang lain, objektif, rasional, menghadapi kesukaran untuk melibatkan emosi, menghargai kebolehan intelektual, mahukan kebebasan,mempunyai mentaliti ambil mudah, sukakan fakta dan figura.

Api
Sifat api dikaitkan sebagai jenis instuisi, (kebolehan mengtahui sesuatu melalui bisikan kalbu). Ia digolongkan sebagai sifat kelelakian. Pentingkan diri, megah, kompetitif, perlukan ruang, kebudakan atau kurang matang, keras hati, kecenderungan kearah tidak peka terhadap sesuatu, sentiasa sedia untuk menempuh sesuatu yang baru dan berisiko, mampu melihat kemungkinan masa depan.

Tanah
Sifat tanah dikaitkan sebagai jenis deria. Ia digolongkan sebagai sifat kewanitaan. Orang yang menyedari kewujudannya disini dan kini, menghargai kebendaan, keras hati, sabar, disiplin diri, berhati-hati, boleh diharap, tidak tegas, cekap, percaya hanya perkara yang boleh dicapai oleh deria.

Air
Sifat air dikaitkan dengan jenis perasa. Ia digolongkan sebagai sifat kewanitaan. Lemah lembut, dalam perasaannya, mengasihani, memaksa, penakut, kepala angin, imaginatif, lemah terhadap siksaan dan teguran, berahsia, memahami, tidak tamak dan artistik.